Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Taktik Telan Untuk Seludup Dadah Warga Bolivia Antara Yang

Diterbitkan: 18 Jun 2014 3.10 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.38 PM
Bukit Aman, 31 Okt – Prosedur kawalan dan pemeriksaan yang ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah memaksa sindiket penyeludupan dadah dari luar negara bertindak mempelbagaika..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/taktik-telan-untuk-seludup-dadah-warga-bolivia-antara-yang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:51 MYT

Bukit Aman, 31 Okt – Prosedur kawalan dan pemeriksaan yang ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah memaksa sindiket penyeludupan dadah dari luar negara bertindak mempelbagaikan modus operandi mereka.

Terbaru, sindiket-sindiket dadah ini telah memilih lapangan-lapangan terbang domestik dan pelbagai taktik baru dalam usaha mereka menembusi kawalan pemeriksaan untuk menyeludup dadah ke dalam Malaysia.

Sindiket-sindiket dadah ini telah bertindak merekrut warga asing seperti Bolivia, Vietnam, Kemboja dan Nigeria dengan pelbagai pelbagai trend antaranya menelan ketulan dadah kokain dalam bentuk cecair dan menyembunyikan dadah dalam bagasi yang diubahsuai.

Namun, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu mempertingkatkan tindakan bagi memastikan kegiatan-kegiatan ini dibanteras sepenuhnya.

Hasil daripada tindakan-tindakan yang telah diambil, JSJN PDRM dalam tempoh seminggu ini telah berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan oleh sindiket-sindiket tersebut dengan tertangkapnya 6 warganegara asing yang terdiri daripada seorang lelaki Bolivia, dua lelaki warga Nigeria, dua wanita Vietnam dan seorang wanita Kemboja dalam 5 tangkapan berasingan.

Tangkapan-tangkapan ini juga menyaksikan sejumlah 9.87kg syabu serta 1.5kg cecair kokain dirampas dan nilai rampasan dianggarkan RM2.7 juta.

Kesemua suspek berusia lingkungan 25 hingga 41 tahun kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Taktik Telan Untuk Seludup Dadah Warga Bolivia Antara Yang
Taktik Telan Untuk Seludup Dadah Warga Bolivia Antara Yang
Taktik Telan Untuk Seludup Dadah Warga Bolivia Antara Yang
Taktik Telan Untuk Seludup Dadah Warga Bolivia Antara Yang

Sumber : Unit Portal Dan Facebook PDRM

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 3.10 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.38 PM