Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Serbu Parti Liar Dan Ganja

Published: 10 Jun 2015 2.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Port Disckson menyerbu sebuah premis kediaman yang dijadikan sebuah parti liar dan ganja oleh sekumpulan individu di Taman Seaview Batu 2 semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-serbu-parti-liar-dan-ganja
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:04 MYT

Polis Port Disckson menyerbu sebuah premis kediaman yang dijadikan sebuah parti liar dan ganja oleh sekumpulan individu di Taman Seaview Batu 2 semalam.

Ketua Polis Daerah, Supt. Baharudin Mustapha berkata, ketika serbuan dibuat, kumpulan individu berkenaan masih dalam keadaan separuh sedar selepas dipercayai mengam bil minuman keras berlebihan dan dadah jenis ganja.

Difahamkan, parti liar itu dianjurkan individu dari luar negeri ini bermula dari jam 4 pagi sehingga menyebabkan penduduk berhampiran marah kerana tidur mereka terganggu.

Hasil pemeriksaan polis di dalam premis berkenaan menemui ketulan mampat daun kering dipercayai ganja seberat 21.80 gram serta beberapa tin minuman keras dan alat pembesar suara.

Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 34 tahun berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

Polis Serbu Parti Liar Dan Ganja
ArticlePublished 10 Jun 2015 2.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM