Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasukan Petugas Khas Banteras Pati Di Sabah

Diterbitkan: 08 Dec 2014 12.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 7 Dis. - Satu pasukan petugas khas yang disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri dan Jabatan Imigresen akan diwujudkan dalam membanteras masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-petugas-khas-banteras-pati-di-sabah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:38 MYT

Kota Kinabalu, 7 Dis. - Satu pasukan petugas khas yang disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri dan Jabatan Imigresen akan diwujudkan dalam membanteras masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, usaha menubuhkan pasukan tersebut akan dibincangkan secara lebih mendalam melalui mesyuarat bersama dengan Jabatan Imigresen selewat-lewatnya hujung tahun ini. 

"Pasukan khas ini ditubuhkan untuk mengkaji kelemahan dan memantapkan lagi operasi membanteras PATI termasuk dari segi pengetahuan, dokumentasi dan lain-lain" katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam. 

Sumber: Utusan Malaysia

Pasukan Petugas Khas Banteras Pati Di Sabah
ArtikelDiterbitkan 08 Dec 2014 12.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM