Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Selesaikan Kes Bunuh Bersiri

Diterbitkan: 18 Jun 2014 7.55 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.35 PM
Empat kes bunuh bersiri telah dilaporkan berlaku di Batu Pahat berjaya diselesaikan. Modus Operandi keempat-empat kejadian bunuh ini adalah samun dan bunuh. Penjenayah juga menggunakan objek tumpul ba..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-selesaikan-kes-bunuh-bersiri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:14 MYT

Empat kes bunuh bersiri telah dilaporkan berlaku di Batu Pahat berjaya diselesaikan. Modus Operandi keempat-empat kejadian bunuh ini adalah samun dan bunuh. Penjenayah juga menggunakan objek tumpul bagi mencederakan dan membunuh mangsa semasa melakukan samun. Ekoran dari itu, pihak polis telah menubuhkan Task Force bagi menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan dan menangkap pelaku jenayah dalam kejadian ini.

Bertindak di atas maklumat, pada 8/1/14 jam 12.05 pihak polis berjaya menahan 1 lelaki berumur 30 tahun di Taman Cahaya Masai, Masai, Johor kerana disyaki terlibat dalam kes ini. Ekoran daripada penangkapan ini, pada jam 2.20 petang hari yang sama, pihak polis telah membuat serbuan di sebuah rumah tepi laut di Kg. Makam, Ulu Tiram.

Semasa pihak polis membuat pemeriksaan, suspek telah bertindak melarikan diri terjun ke laut dan berenang ke arah hutan paya bakau. Bagi melaksanakan tangkapan, seorang pegawai dan seorang anggota polis telah terjun ke laut yang bergelora dan dalam bagi membuat tangkapan.

Keberanian pegawai dan anggota ini yang bertindak tanpa mengira bahaya telah menjayakan tangkapan ini. Pihak polis telah berjaya menangkap suspek 1 lelaki berumur 35 tahun dan telah merampas 5 buah telefon bimbit, 1 ipad, 2 pendrive dan 5 memory card.

Kedua-dua suspek mempunyai 3 rekod jenayah lampau dan ditahan reman dari 9/1/2014 hingga 15/1/2014. Kes disiasat di bawah Sek. 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Polis Selesaikan Kes Bunuh Bersiri
Polis Selesaikan Kes Bunuh Bersiri
Polis Selesaikan Kes Bunuh Bersiri
Polis Selesaikan Kes Bunuh Bersiri
Polis Selesaikan Kes Bunuh Bersiri

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 7.55 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.35 PM