Empat
kes bunuh bersiri telah dilaporkan berlaku di Batu Pahat berjaya
diselesaikan. Modus Operandi keempat-empat kejadian bunuh ini adalah
samun dan bunuh. Penjenayah juga menggunakan objek tumpul bagi
mencederakan dan membunuh mangsa semasa melakukan samun. Ekoran dari
itu, pihak polis telah menubuhkan Task Force bagi menjalankan siasatan
terperinci untuk mengesan dan menangkap pelaku jenayah dalam kejadian
ini.
Bertindak
di atas maklumat, pada 8/1/14 jam 12.05 pihak polis berjaya menahan 1
lelaki berumur 30 tahun di Taman Cahaya Masai, Masai, Johor kerana
disyaki terlibat dalam kes ini. Ekoran daripada penangkapan ini, pada
jam 2.20 petang hari yang sama, pihak polis telah membuat serbuan di
sebuah rumah tepi laut di Kg. Makam, Ulu Tiram.
Semasa
pihak polis membuat pemeriksaan, suspek telah bertindak melarikan diri
terjun ke laut dan berenang ke arah hutan paya bakau. Bagi melaksanakan
tangkapan, seorang pegawai dan seorang anggota polis telah terjun ke
laut yang bergelora dan dalam bagi membuat tangkapan.
Keberanian
pegawai dan anggota ini yang bertindak tanpa mengira bahaya telah
menjayakan tangkapan ini. Pihak polis telah berjaya menangkap suspek 1
lelaki berumur 35 tahun dan telah merampas 5 buah telefon bimbit, 1
ipad, 2 pendrive dan 5 memory card.
Kedua-dua
suspek mempunyai 3 rekod jenayah lampau dan ditahan reman dari 9/1/2014
hingga 15/1/2014. Kes disiasat di bawah Sek. 302 Kanun Keseksaan, jika
sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.





Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Polis Selesaikan Kes Bunuh Bersiri
Empat kes bunuh bersiri telah dilaporkan berlaku di Batu Pahat berjaya diselesaikan. Modus Operandi keempat-empat kejadian bunuh ini adalah samun dan bunuh. Penjenayah juga menggunakan objek tumpul ba..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-selesaikan-kes-bunuh-bersiri
Scan to view the latest live version.