Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Selesai Kes Pecah Rumah Di Putrajaya

Published: 13 Jun 2014 2.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
PUTRAJAYA - 16 April 2009. Polis Putrajaya Berjaya selesai kes pecah rumah di kawasan Putrajaya dengan tertangkapnya seorang lelaki Melayu berumur 37 tahun...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-selesai-kes-pecah-rumah-di-putrajaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:02 MYT

PUTRAJAYA - 16 April 2009. Polis Putrajaya Berjaya selesai kes pecah rumah di kawasan Putrajaya dengan tertangkapnya seorang lelaki Melayu berumur 37 tahun. Sebanyak 39 kes pecah rumah dapat diselesaikan dengan tangkapan tersebut. Lelaki tersebut telah ditahan di Port Dickson oleh sepasukan anggota dari JSJ IPD Putrajaya hasil maklumat daripada Cawangan Jenayah IPD Port Dickson.

Suspek melakukan pecah rumah di rumah-rumah apartment di Presint 9 (Fasa 1 hingga 11) dan Presint 16, Putrajaya sejak Tahun 2006. Suspek melakukan kegiatan tersebut di antara jam 10.00 pagi hingga 12 tengahari dan hanya mengambil masa 5 minit untuk memecah masuk sebuah rumah dengan memecahkan pintu grill dan mengumpil pintu papan dengan pahat besi.

Barang-barang yang dapat dirampas daripada lelaki tersebut termasuk (11) buah TV LCD pelbagai jenama, (13) unit laptop, (12) unit kamera digital, (15) buah telefon bimbit, (1) LCD Projektor dan (16) jam tangan pelbagai jenama, kesemuanya bernilai RM66,100.00.

ArticlePublished 13 Jun 2014 2.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM