Polis Selesai 66 Kes Penipuan Melibatkan Sindiket Fly By Nig
SHAH
ALAM, 4 Mei (Bernama) -- Polis Selangor berjaya menyelesaikan 66 kes
penipuan yang didalangi sindiket fly-by-night dengan tertangkapnya tiga
anggota sindiket melibatkan rampasan bernilai RM55,000 di sekitar Lembah
Klang 29 April lepas.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed
Azizan berkata hasil maklumat orang ramai, polis menahan tiga lelaki
tempatan di sebuah tempat di Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya,
Selangor.
Setelah
disoal siasat, kesemua suspek yang berusia antara 30 dan 58 tahun itu
membawa polis ke sebuah tempat di Winner Heights, Desa Petaling, Kuala
Lumpur dan polis merampas beberapa barangan kes yang antara lain 200
gulung paip, tujuh telefon bimbit pelbagai jenis, dua komputer riba dan
tiga cop syarikat yang keseluruhannya bernilai RM55,000.
Beliau berkata polis juga menemui beberapa dokumen seperti buku cek, sebut harga, invois serta slip bank dari tempat itu.
"Kerugian
yang dialami mangsa-mangsa sindiket ini sejak Jun 2009 hingga April
2011 ialah sebanyak RM1.66 juta di seluruh negara," katanya kepada
pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.
Beliau
berkata modus operandi sindiket itu ialah membuka premis perniagaan
menggunakan pendaftaran palsu dan membuat pesanan pembelian barangan
elekrik, arak, barangan perabot dan telefon bimbit daripada mangsa
mereka.
"Apabila
barangan yang dipesan sampai mereka akan membayar menggunakan cek
tarikh tertunda dan kemudian menghilangkan diri meninggalkan pembekal
yang tertipu dengan cek tendang," katanya.
Syed
Ismail berkata pada tahun lepas sebanyak 124 kes seumpama itu dilapor
di seluruh negara, melibatkan kerugian RM7.824 juta dan syarikat yang
menggunakan modus operandi fly-by-night ini dikesan menjalankan aktiviti
mereka di sekitar ibu negara, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan
Melaka.
"Polis sedang menyiasat bagi mengenal pasti dalang sindiket ini," katanya.