Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Selamatkan 33 Wanita Vietnam Tahan 56 Individu Di P Pinang

Diterbitkan: 09 Apr 2016 1.21 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.29 PM
George Town, 9 April 2016 - Polis berjaya menyelamatkan 33 wanita warga asing dan menahan 56 individu dalam dua serbuan di pusat hiburan dan rumah urut di Jalan Transfer serta Jalan Penang, di sini malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-selamatkan-33-wanita-vietnam-tahan-56-individu-di-p-pinang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:37 MYT

George Town, 9 April 2016 - Polis berjaya menyelamatkan 33 wanita warga asing dan menahan 56 individu dalam dua serbuan di pusat hiburan dan rumah urut di Jalan Transfer serta Jalan Penang, di sini malam tadi. 

Sumber berkata hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan polis dari Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menyerbu dua premis itu pada pukul 11 malam.

"Dalam serbuan itu, polis berjaya menyelamatkan 33 wanita Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan di Jalan Transfer berkenaan dan siasatan awal mendapati mereka dipercayai dibawa masuk menggunakan pas lawatan sosial. 

"Semua wanita itu dipaksa bekerja di situ sejak dua bulan lepas," katanya di sini. 
Katanya manakala dalam serbuan di Jalan Penang, polis menahan 29 wanita Thailand dan masing-masing seorang wanita Ukraine dan Uzbekistan yang juga bekerja sebagai GRO di situ. 

Sumber itu berkata dalam serbuan itu juga, polis turut menahan 11 lelaki yang berperwatakan wanita atau pondan warga asing Thailand juga bekerja sebagai GRO untuk melayan pelanggan bernafsu songsang. 

Semua mereka hanya memiliki pas perjalanan sosial dan ada yang telah tinggal lebih masa, katanya. 

Susulan serbuan di dua pusat hiburan itu, polis turut menahan tiga wanita termasuk seorang warga Thailand dan 10 lelaki tempatan serta seorang lelaki Thailand yang dipercayai penjaga kepada semua GRO berusia 19 hingga 38 tahun berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan serbuan berkenaan dan katanya siasatan lanjut masih dijalankan. 

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman twitternya mengucapkan syabas kepada STAGG kerana menggempur dua premis hiburan berkenaan. 

"Syabas STAGG PDRMsia gempur rumah urut dan pub di Jalan Penang dan Jalan Transfer Pulau Pinang, tangkap 56 orang dan selamatkan 33 wanita," katanya. - BERNAMA 
ArtikelDiterbitkan 09 Apr 2016 1.21 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.29 PM