Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Peniaga Ditahan Selepas Dakwa Diri Diculik

Diterbitkan: 09 Apr 2016 12.24 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.29 PM
Kuala Lumpur, 9 April 2016 - Tindakan seorang peniaga yang mendakwa dirinya diculik bagi mendapatkan wang tebusan menjerat diri apabila ditahan polis di sebuah bank di Kajang dekat sini, Khamis lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/peniaga-ditahan-selepas-dakwa-diri-diculik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:52 MYT
Kuala Lumpur, 9 April 2016 - Tindakan seorang peniaga yang mendakwa dirinya diculik bagi mendapatkan wang tebusan menjerat diri apabila ditahan polis di sebuah bank di Kajang dekat sini, Khamis lalu. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata lelaki yang berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira 4 petang ketika membawa keluar wang tebusan bernilai RM25,000 yang diperolehi daripada sepupunya. 

Katanya, suspek bertindak menghubungi sepupunya yang berusia 33 tahun pada pukul 2.30 petang pada hari kejadian dan mendakwa dirinya diculik empat lelaki. 

"Suspek menghubungi sepupu dan meminta wang tebusan sebanyak RM60,000 serta
berkata dirinya akan dibunuh oleh "penculik" sekiranya saudaranya gagal berbuat demikian. 

"Namun, selepas berunding mangsa telah memasuki wang tunai sebanyak RM25,000
ke dalam akaun milik suspek," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.  

Mohd Roy berkata selepas menerima laporan daripada sepupu, pihaknya berjaya mengesan lokasi suspek yang berada di bank bagi mengeluarkan wang tebusan itu.  

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai kedai makan
menghadapi masalah kewangan.  

Katanya, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kini direman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes dibawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan. 
- BERNAMA 
ArtikelDiterbitkan 09 Apr 2016 12.24 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.29 PM