Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Saran Segerakan Laksana E Plat Untuk Banteras Jenayah

Published: 17 Jun 2014 6.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Sebagai contoh jika kemalangan berlaku di Johor, laporan boleh dibuat di Perlis. Ia tidak mempunyai sebarang masalah kerana sejak sistem laporan talian polis (PRS) dilancarkan pada tahun 2011, ia ber..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-saran-segerakan-laksana-e-plat-untuk-banteras-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:56 MYT

Kuala Lumpur, 4 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan kerajaan menyegerakan pelaksanaan sistem pendaftaran nombor plat pintar atau e-plat bagi membanteras kegiatan jenayah kenderaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata e-plat merupakan kad pengenalan elektronik kereta yang mempunyai data rekod kenderaan yang diseragamkan.

Sistem e-plat, yang menggunakan teknologi mikrocip atau Radio Frequency Identification (RFID), diguna pakai di beberapa negara maju seperti Perancis dan Australia.

"Dengan adanya e-plat ini, kita dapat mengesan penjenayah yang menggunakan nombor pendaftaran palsu selain dapat mengelak kenderaan daripada dicuri.

"Penggunaan e-plat di semua kenderaan akan membantu mengurangkan jenayah di mana data yang direkodkan dalam e-plat membantu polis mengesan lokasi kenderaan yang dicuri," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan
sumbangan Mitsubishi Lancer GT 2.0 oleh PLUS Malaysia Bhd di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata e-plat boleh dibaca secara 'wireless' serta ia juga menyukarkan penjenayah untuk mencuri dan melakukan jenayah menggunakan kenderaan.

Sementara itu, Khalid berkata laporan kemalangan boleh dibuat di semua balai polis seluruh Malaysia dan bukan sahaja di balai trafik.

"Sebagai contoh jika kemalangan berlaku di Johor, laporan boleh dibuat di Perlis. Ia tidak mempunyai sebarang masalah kerana sejak sistem laporan talian polis (PRS) dilancarkan pada tahun 2011, ia berjalan dengan baik serta boleh digunakan di seluruh negara kecuali di Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata sistem itu akan memudahkan pengguna jalan raya untuk membuat laporan kemalangan.

Khalid berkata pelaksanaan sistem itu belum dilaksanakan sepenuhnya di Sabah dan Sarawak berikutan permukaan negeri itu yang luas serta berbukit-bukau. Katanya ia akan dilaksana dan diintegrasikan secara berperingkat. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM