Polis Saran Segerakan Laksana E Plat Untuk Banteras Jenayah
Kuala Lumpur, 4 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan kerajaan menyegerakan pelaksanaan sistem pendaftaran nombor plat pintar atau e-plat bagi membanteras kegiatan jenayah kenderaan.
Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata e-plat merupakan kad
pengenalan elektronik kereta yang mempunyai data rekod kenderaan yang diseragamkan.
Sistem
e-plat, yang menggunakan teknologi mikrocip atau Radio Frequency
Identification (RFID), diguna pakai di beberapa negara maju seperti
Perancis dan Australia.
"Dengan
adanya e-plat ini, kita dapat mengesan penjenayah yang menggunakan
nombor pendaftaran palsu selain dapat mengelak kenderaan daripada
dicuri.
"Penggunaan
e-plat di semua kenderaan akan membantu mengurangkan jenayah di mana
data yang direkodkan dalam e-plat membantu polis mengesan lokasi
kenderaan yang dicuri," katanya pada sidang akhbar selepas majlis
penyerahan
sumbangan Mitsubishi Lancer GT 2.0 oleh PLUS Malaysia Bhd di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Beliau berkata e-plat boleh dibaca secara 'wireless' serta ia juga menyukarkan penjenayah untuk mencuri dan melakukan jenayah menggunakan kenderaan.
Sementara
itu, Khalid berkata laporan kemalangan boleh dibuat di semua balai
polis seluruh Malaysia dan bukan sahaja di balai trafik.
"Sebagai
contoh jika kemalangan berlaku di Johor, laporan boleh dibuat di
Perlis. Ia tidak mempunyai sebarang masalah kerana sejak sistem laporan
talian polis (PRS) dilancarkan pada tahun 2011, ia berjalan dengan baik
serta boleh digunakan di seluruh negara kecuali di Sabah dan Sarawak,"
katanya.
Beliau berkata sistem itu akan memudahkan pengguna jalan raya untuk membuat laporan kemalangan.
Khalid
berkata pelaksanaan sistem itu belum dilaksanakan sepenuhnya di Sabah
dan Sarawak berikutan permukaan negeri itu yang luas serta
berbukit-bukau. Katanya ia akan dilaksana dan diintegrasikan secara
berperingkat.
Sumber : BERNAMA