Article
Polis Sandakan Serbu Sarang Penagihan Dadah Tahan Lelaki Warga Filipina
Sandakan, 9 Mac 2016 - Polis menahan seorang lelaki warga Filipina berusia 45 tahun selepas menyerbu sebuah tempat disyaki sarang penagihan dadah di Kampung Si...
Sandakan, 9 Mac 2016 - Polis menahan seorang lelaki warga Filipina berusia 45 tahun selepas menyerbu sebuah tempat disyaki sarang penagihan dadah di Kampung Sim-Sim dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata dalam serbuan pada
kira-kira 1.30 tengah hari itu, lelaki berkenaan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan polis merampas paket plastik mengandungi dadah jenis syabu.
Ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya di sini hari ini.
Dalam kes berasingan, Zabidi berkata polis menahan tiga lelaki termasuk dua remaja bawah umur disyaki terlibat mencuri kabel elektrik di kawasan bangunan sekitar Batu 1, dekat sini.
Katanya, ketiga-tiga lelaki berusia antara 15 dan 24 tahun itu ditahan pada 1.15 pagi tadi ketika membakar kabel tembaga. Turut dirampas satu guni berisi beberapa gumpalan kabel tembaga, katanya. - BERNAMA