Redefining Asia S Ultimate Challenge Ltdl 2016
Kuala Lumpur, 9 Mac -
Perlumbaan lumba basikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016 membuka
tirainya di Kangar pada 24 Februari sebelum saingan berakhir di Dataran Pahlawan,
Melaka pada 2 Mac 2016.
Menggunakan
moto 'Redefining Asia’s Ultimate Challenge’, LTdL 2016 melibatkan laluan
keseluruhan sepanjang 1,180.6 kilometer di mana Kementerian Belia
dan Sukan (KBS) bersama Ciclista Sports Sdn Bhd merupakan penganjur utama dan
Bank Simpanan Nasional bersama Volkswagen pula merupakan penaja utama.
LTdL 2016 adalah perlumbaan basikal keempat berprestij
di dunia selepas Tour de France, Vuelta d'Espania dan Giro d'Italia. Tahun ini
merupakan tahun kedua belas berturut-turut acara ini masih dikekalkan status
'Hors Classe 2.0' dan diiktirafkan oleh pihak Kesatuan Berbasikal Antarabangsa
(Union Cyclist Internasional) hanya kepada negara-negara penganjur yang
berkredibiliti penganjurannya dan tahap keselamatan berada di tahap maksimun.
Untuk
tahun kelima berturut-turut, penganjuran Le Tour de Langkawi mendapat
pengiktirafan Kesatuan Berbasikal Dunia yang memberikan surat kepujian “Excellent
Level of Organization”.
LTdL 2016 yang telah memasuki edisi ke-21 telah menarik
penyertaan seramai 132 orang pelumba dari 22 pasukan profesional dari Eropah
dan Asia Tenggara, akan mengerah kudrat tenaga di 8 peringkat, merentasi jalan
persekutuan, negeri dan bandaran yang berbukit bukau, berliku-liku dan curam.
Perlumbaan bermula pada 24 Februari dan berakhir 2 Mac
2016, melalui laluan Kangar - Baling (165.5km), Sg. Petani – Georgetown
(159.8km), Kulim – Kuala Kangsar (107km), Ipoh – Cameron Highlands (129.5km),
Tapah – Kuala Lumpur (149.9km), Putrajaya – Rembau (145.8km), Seremban – Parit
Sulong (203.2km) dan Batu Pahat – Melaka (119.9km).
Sejak Le Tour de Langkawi diperkenalkan pada tahun
1996, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memainkan peranan yang besar
bagi menentukan kejayaan perlumbaan basikal berprestij ini. Ianya bukan saja dari segi menentukan tahap
keselamatan serta kelancaran peserta-peserta perlumbaan basikal dan
petugas-petugas terjamin, malahan aspek-aspek keselamatan orang ramai yang
tetap setia memberi sokongan sepanjang laluan juga dititik beratkan dibahu
PDRM.
Penugasan lain pula ialah membuat hebahan awal kepada kenderaan dan orang awam
di sepanjang laluan, menghubungi kontinjen dan daerah yang akan dilalui,
memastikan konvoi perlumbaan mengikut arah yang telah ditetapkan dan mengenal
pasti halangan yang merbahaya kepada pelumba dan konvoi.
Polis Diraja Malaysia diketuai oleh Ketua Trafik
Pasukan, SAC Mahamad Akhir bin Darus selaku Pegawai Pemerintah, Timbalan Ketua
Trafik Pasukan, ACP Ruslan bin Khalid, Penolong Pegawai Pemerintah dan PT Penguatkuasa
Trafik, Supt. Mustafa Bakri bin Salleh selaku Pegawai Pemerintah Medan.
Pasukan Pengiring diketuai oleh ASP Mohd Hasbullah bin Saidin selaku Command 1
dengan keanggotaan seramai 115 orang. Penugasan pula dibahagikan kepada
beberapa bahagian seperti Command, Lead Car, Lead Cavalcade,Polis Cavalcade,
Motor Pilot, Motor Hazard, Motor Cavalcade,Motor Clearance, Motor Advance,
Backup Riders,Pasukan Komunikasi, Pasukan Mekanik dan Bagasi.
Pasukan Sekuriti pula diketuai oleh ASP Johri bin
Robinsin dengan kekuatan seramai 57 orang dan Pasukan Gerakan Udara pula
seramai 15 orang, diketuai oleh Supt. Rahmat bin Mohd Yusop
Dijangka seramai 1.8
bilion penduduk dunia akan menyaksikan Le Tour de Langkawi 2016 yang akan
disiarkan secara langsung ke 122 buah negara oleh 20 buah stesyen televisyen.
Bacaan doa sebelum penugasan
Pilot Rider Team Cavalcade
Konvoi petugas mula bergerak
Konvoi petugas
Penugasan turut dibantu oleh anggota dari daerah
Sekitar penugasan dan kawalan lalulintas
Kereta Command 1 PDRM
Kelompok pelumba LTdL 2016
Sokongan masyarakat setempat.
Menghampiri garisan penamat