Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Sabah Siasat Penipuan Perniagaan Online

Published: 17 Jun 2014 7.31 AM Updated: 15 Aug 2026 6.31 PM
Labuan, 15 Julai - Polis Sabah sedang menyiasat beberapa kes penipuan melibatkan perniagaan secara online, dengan tumpuan kepada sebuah organisasi internet berasaskan laman web terkemuka...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sabah-siasat-penipuan-perniagaan-online
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:57 MYT

Labuan, 15 Julai - Polis Sabah sedang menyiasat beberapa kes penipuan melibatkan perniagaan secara online, dengan tumpuan kepada sebuah organisasi internet berasaskan laman web terkemuka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sabah Supt Saiman Kasran berkata perniagaan online dijalankan syarikat berasaskan laman web popular itu dilaporkan telah menipu banyak pembeli.

Katanya ini mengakibatkan kebanyakan mereka ditipu ribuan ringgit sejak tahun lepas, tanpa menerima produk dan bayaran balik.

"Walaupun jumlah kes masih belum mencapai tahap amat membimbangkan, tetapi kami sedang memburu mereka yang terlibat dalam penipuan ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Perniagaan online oleh syarikat itu telah menarik ribuan pembeli menerusi promosi menarik produk mereka termasuk hartanah, perkakasan elektrik, kereta dan kerja.

Modus operandinya ialah menjual dan membeli produk secara online melibatkan pembeli secara online.

Sementara itu, seorang pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai "Rosli Yussof' berkata beliau menempah dua pasang baju secara online seperti diiklankan syarikat itu dan dijanjikan dihantar dalam dua minggu.

"Tetapi selepas dua ke tiga minggu, tidak menerima apa-apa. Seorang rakan, sementara itu kerugian hampir RM10,000 dalam dua transaksi pernigaan secara online," dakwanya. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.31 AMUpdated 15 Aug 2026 6.31 PM