Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Anak Kecil Ditinggal Seorang Diri Ditemui Merayau Jam 3 Pag

Diterbitkan: 17 Jun 2014 7.30 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.44 PM
Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng berkata, mangsa diselamatkan seorang lelaki yang juga ahli persatuan itu ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan sam..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/anak-kecil-ditinggal-seorang-diri-ditemui-merayau-jam-3-pag
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:32 MYT

Serdang - Tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki meninggalkan anak perempuannya yang berusia tiga tahun seorang diri di rumah nyaris mengundang padah apabila kanak-kanak itu diselamatkan selepas ditemui merayau-rayau semalam.

Mangsa yang lengkap berpakaian ditemui bermain seorang diri pada pukul 3 pagi berhampiran sebuah tasik di Taman Wawasan, Puchong, kira-kira satu kilometer dari rumah keluarganya.

Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng berkata, mangsa diselamatkan seorang lelaki yang juga ahli persatuan itu ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan sama. Lelaki itu kemudian menyerahkan mangsa kepada polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Assiten Komisioner Abdul Razak Alias mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, tindakan bapa mangsa meninggalkan anaknya adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya. "Ibu bapa yang cuai boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001," ujar beliau.

Anak Kecil Ditinggal Seorang Diri Ditemui Merayau Jam 3 Pag

Sumber : Kosmo

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 7.30 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.44 PM