Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Sabah Raikan 87 Penghuni Rumah Warga Tua Sri Pritchard

Diterbitkan: 25 May 2015 2.50 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 25 Mei - Polis Kontinjen Sabah hari ini meraikan 87 warga emas di Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Kinarut dekat sini dalam lawatan amal badan berunifom itu sempena Hari Polis ke-208.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sabah-raikan-87-penghuni-rumah-warga-tua-sri-pritchard
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:10 MYT


Kota Kinabalu, 25 Mei - Polis Kontinjen Sabah hari ini meraikan 87 warga emas di Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Kinarut dekat sini dalam lawatan amal badan berunifom itu sempena Hari Polis ke-208.

Selain dihiburkan dengan persembahan lagu, warga emas di rumah berkenaan turut menerima cenderahati serta mendapat tajaan makan tengah hari.

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman berkata lawatan amal itu bertujuan mengajak warga polis menghayati kehidupan penghuni rumah warga tua berkenaan.

"Sekurang-kurangnya kita mahu warga polis menghayati dan berasa insaf serta bertanggungjawab terhadap golongan warga emas ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan amal terbabit, di sini hari ini.

Beliau berkata lawatan amal itu juga dilaksanakan seiring dengan inisiatif kerajaan negeri yang sentiasa mengambil berat terhadap golongan warga emas, orang kurang upaya dan golongan memerlukan yang lain.

Menurutnya, arahan akan dikeluarkan kepada polis di setiap daerah untuk melakukan lawatan amal ke rumah-rumah warga emas dan pusat dalam komuniti di kawasan masing-masing.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 25 May 2015 2.50 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM