Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Giat Kesan Tiga Pelatih Puspen Perlop Lari

Diterbitkan: 25 May 2015 2.51 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 25 Mei - Polis sedang giat mengesan tiga pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Perlop yang melarikan diri sejak awal pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-giat-kesan-tiga-pelatih-puspen-perlop-lari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:43 MYT


Ipoh, 25 Mei - Polis sedang giat mengesan tiga pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Perlop yang melarikan diri sejak awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Wan Jamil Wan Chik berkata ketiga-tiga mereka dikenali sebagai Mohd Sobri Abd Manaf, 32; Shahizuan Ahmad Saad, 28; dan Mohd Firhan Norizan, 23; yang dipercayai melarikan diri kira-kira pukul 5 hingga 6.30 pagi semalam.

"Kejadian disedari selepas polis bantuan yang sedang melakukan rondaan kawalan di pusat itu ternampak kayu dan kain selimut yang tersangkut di pagar belakang pejabat pentadbiran pusat tersebut.

"Pemeriksaan kemudian dilakukan di setiap asrama mendapati ketiga-tiga mereka tiada di asrama masing-masing dan dipercayai melarikan diri dengan memanjat pagar semasa kesemua pelatih keluar untuk menunaikan solat subuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Jamil berkata seorang pelatih dipercayai mengalami kecederaan kerana terdapat kesan darah di pagar, mungkin akibat tersangkut pada duri yang dipasang sepanjang pagar pusat berkenaan.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 25 May 2015 2.51 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM