Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Sabah Capai Prestasi Memberansangkan Dalam Kurangkan J

Published: 17 Jun 2014 3.03 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ayub berkata dalam tempoh itu juga polis Sabah membuka 5,141 kertas siasatan dan daripada jumlah itu 3,459 kes atau 67.3 peratus telah dibawa ke mahkamah, melepasi pencapaian nasional sebanyak 38.9 pe..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sabah-capai-prestasi-memberansangkan-dalam-kurangkan-j
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:33 MYT

Tawau, 18 April - Polis Sabah mencapai prestasi memberangsangkan dalam menurunkan kadar jenayah di negeri itu apabila merekodkan penurunan indeks jenayah sebanyak 16.7 peratus dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Ketua Urusetia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Bukit Aman Datuk Ayub Yaakub berkata prestasi itu lebih baik berbanding pencapaian negeri-negeri lain dalam tempoh berkenaan.

"Ini pencapaian amat baik. Demikian juga daerah-daerah lain di Sabah, menunjukkan trend menurun. Kami harap bulan-bulan mendatang juga mencapai lebih baik atau sekurang-kurangnya mengekalkan prestasi ini," katanya.

Ayub berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah.

Sempena lawatan itu, Ayub turut melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tawau.

Ayub berkata dalam tempoh itu juga polis Sabah membuka 5,141 kertas siasatan dan daripada jumlah itu 3,459 kes atau 67.3 peratus telah dibawa ke mahkamah, melepasi pencapaian nasional sebanyak 38.9 peratus.

Yakob berkata PDRM kini sedang membangunkan satu sistem bagi membolehkan orang ramai membuat laporan polis secara online (dalam talian) tanpa perlu ke balai polis seperti yang diamalkan selama ini.

Beliau berkata sistem yang bakal dilaksanakan dalam tahun ini bukan sahaja akan membolehkan orang ramai membuat semakan tentang siasatan kes yang mereka laporkan tetapi juga boleh menyampaikan maklumat kepada pihak polis. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 3.03 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM