Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Sabah Berkas Mat Malaya Di Kundasang

Diterbitkan: 02 Jun 2015 4.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 2 Jun- Polis memberkas 'Mat Malaya', lelaki yang amat dikehendaki kerana disyaki menembak serta mencederakan kaki seorang pembantu mekanik di sebuah bengkel membaiki penyaman udara, pada Mei lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sabah-berkas-mat-malaya-di-kundasang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:43 MYT

Kota Kinabalu, 2 Jun- Polis memberkas 'Mat Malaya', lelaki yang amat dikehendaki kerana disyaki menembak serta mencederakan kaki seorang pembantu mekanik di sebuah bengkel membaiki penyaman udara, pada Mei lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Jalaluddin Abdul Rahman berkata Mat Malaya, 44, yang diburu pihak berkuasa hampir sebulan lalu, diberkas kira-kira jam 10.50 malam tadi selepas sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Ranau menyerbu sebuah inap desa di Kundasang.

Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang wanita tempatan berumur 24 tahun dan merampas dua buah telefon bimbit, katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, suspek yang beralamat di Shah Alam, Selangor, menghilangkan diri selepas menembak kaki pembantu mekanik berumur 36 tahun di sebuah bengkel membaiki penyaman udara kenderaan di Jalan Tuaran.

Dalam kejadian itu, suspek dipercayai melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya mengenai serta menembusi kaki kanan mangsa.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 Jun 2015 4.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM