Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjutkan Hingga 17 Jun

Diterbitkan: 02 Jun 2015 3.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kudat, 2 Jun - Fasa ke-20 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan ke fasa ke-21 bermula esok hingga 17 Jun, berkuat kuasa dari jam 7 malam hingga 5 pagi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perintah-berkurung-di-esszone-dilanjutkan-hingga-17-jun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:27 MYT

Kudat, 2 Jun - Fasa ke-20 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan ke fasa ke-21 bermula esok hingga 17 Jun, berkuat kuasa dari jam 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Jalaluddin Abdul Rahman berkata keputusan melanjutkan perintah berkurung yang merangkumi perairan enam daerah di pantai timur Sabah itu dibuat selepas mengambil kira situasi keselamatan di kawasan berkenaan serta atas permintaan banyak pihak.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata keputusan itu dibuat bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan pantai timur selain menjamin keselamatan pelancong serta rakyat Sabah di daratan Esszone.

Beliau berkata perlanjutan itu juga bagi memudahkan anggota keselamatan melaksanakan penguatkuasaan, termasuk memantau segala pergerakan bot yang cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.

Menurut Jalaluddin perintah berkurung itu juga dilanjutkan kerana mendapat sokongan pengusaha chalet dan masyarakat yang menjalankan aktiviti perikanan serta demi menjamin keselamatan perairan termasuk di pulau persempadanan.

Jalaluddin berkata kuasa juga diberi kepada semua Ketua Polis Daerah di Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau bagi laluan yang mendesak.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 Jun 2015 3.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM