Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Sabah Berkas Lima Suspek Rampas Dadah Wang Tunai Ke

Published: 18 Jun 2014 3.23 AM Updated: 15 Aug 2026 7.37 PM
Kota Kinabalu, 7 Nov - Polis Sabah memberkas lima lelaki dan merampas 3.9 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1 juta serta wang tunai RM465,000 dan sepucuk pistol dalam serbuan di sebuah bengkel ken..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sabah-berkas-lima-suspek-rampas-dadah-wang-tunai-ke
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:00 MYT

Kota Kinabalu, 7 Nov - Polis Sabah memberkas lima lelaki dan merampas 3.9 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1 juta serta wang tunai RM465,000 dan sepucuk pistol dalam serbuan di sebuah bengkel kenderaan di Inanam, petang semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata dalam serbuan pukul 3 petang di premis dua tingkat di Lorong Mangga 1, BDC Industrial Estate, Jalan Kolombong itu polis turut merampas lapan kereta mewah yang dipercayai hasil jualan dadah.

Kesemua suspek rakyat tempatan berusia antara 28 dan 41 tahun itu diberkas di premis berkenaan dan tiga daripada mereka turut positif dadah, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hamza berkata polis percaya suspek merupakan anggota sindiket dadah tempatan yang menerima bekalan dari luar negara.

"Dadah yang dirampas ini dipercayai untuk pasaran tempatan," katanya.

Mengulas serbuan itu, Hamza berkata polis terpaksa memecahkan pintu masuk utama premis selepas penghuni di dalamnya enggan membuka pintu apabila diminta berbuat demikian oleh polis.

Kesemua dadah terbabit ditemui di dalam bungkusan plastik dan juga karung kanvas di tingkat atas dan bawah premis, manakala pistol itu bersama 12 butir peluru getah ditemui ketika pemeriksaan di sebuah bilik di tingkat atas yang turut menempatkan sebuah peti simpanan mengandungi wang tunai RM465,000, katanya.

Semua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Katanya dengan kes terkini itu, jumlah dadah jenis syabu yang berjaya dirampas oleh polis Sabah setakat ini ialah 87.763 kg.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 3.23 AMUpdated 15 Aug 2026 7.37 PM