Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas Syabu Bernilai Rm400 000 Tahan Lelaki Nigeria Di Batu Ferringhi

Published: 03 Nov 2014 8.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 3 Nov - Polis menahan seorang lelaki warga Nigeria dan merampas syabu bernilai RM400,000 yang disembunyikan dalam kotak berisi patung perhiasan dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Batu Ferringhi, dekat sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-syabu-bernilai-rm400-000-tahan-lelaki-nigeria-di-batu-ferringhi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:27 MYT


George Town, 3 Nov -  Polis menahan seorang lelaki warga Nigeria dan merampas syabu bernilai RM400,000 yang disembunyikan dalam kotak berisi patung perhiasan dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Batu Ferringhi, dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata lelaki yang ditahan dalam serbuan pada pukul 3.15 petang Jumaat hasil risikan sejak seminggu lepas itu, memasuki negara ini menggunakan pas pelajar sebuah kolej swasta di negeri ini.
 

"Kesemua dadah itu disembunyikan dalam ruang khas sebuah kotak berisi pelbagai patung perhiasan seperti naga dan harimau yang dipos secara kurier dari China ke Kuala Lumpur sebelum dihantar ke Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa itu tidak menuntut di kolej berkenaan dan dia juga tidak mempunyai pekerjaan.

"Lelaki itu dipercayai mendapat bekalan dadah dari luar negara dan membungkusnya semula sebelum mengedarkan kepada pelanggannya di sekitar Pulau  Pinang," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan usaha mengesan mereka yang terlibat dengan lelaki berkenaan giat dijalankan.

Lelaki itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan. - BERNAMA

ArticlePublished 03 Nov 2014 8.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM