Artikel
Polis Gagalkan Cubaan Seludup Ketum Ke Thailand
Jeli, 4 Nov - Polis berjaya menahan sebuah kereta yang memuatkan 50 kilogram daun ketum dalam sekatan jalan raya di depan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jeli...
Jeli, 4 Nov - Polis berjaya menahan sebuah kereta yang memuatkan 50 kilogram daun ketum dalam sekatan jalan raya di depan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jeli di sini, pada pukul 10.30 pagi Sabtu lalu.
Daun-daun ketum bernilai keseluruhan RM1,000 itu dipercayai hendak diseludup ke Thailand untuk dipasarkan di negara jiran itu.
Pemangku Ketua Polis Jeli, Asisten Superintendan Yazid Yahya berkata, sekumpulan anggota polis dalam Ops Bersepadu telah menahan sebuah kereta bernombor pendaftaran Thailand dalam sekatan jalan raya tersebut pada pukul 10.30 pagi, Sabtu lalu.
Sumber: Kosmo