Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas Rokok Dan Mercun Dalam Dua Serbuan

Published: 16 Jun 2014 2.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
LUMUT, 29 Okt (Bernama) -- Pasukan Gerakan Marin (PGM) Perak menahan seorang peniaga dan merampas pelbagai jenama rokok yang diseludup dalam serbuan di sebuah rumah di Changkat Keruing, dekat sini Kha..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-rokok-dan-mercun-dalam-dua-serbuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:27 MYT
Polis Rampas Rokok Dan Mercun Dalam Dua Serbuan
 
>

LUMUT, 29 Okt (Bernama) -- Pasukan Gerakan Marin (PGM) Perak menahan seorang peniaga dan merampas pelbagai jenama rokok yang diseludup dalam serbuan di sebuah rumah di Changkat Keruing, dekat sini Khamis.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM DSP Shaari Ariffin berkata nilai rokok yang dirampas dalam serbuan kira-kira 11 malam tadi itu dianggarkan hampir RM12,000.

"Seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan dalam serbuan itu...sembilan jenama rokok tanpa cukai yang disorokkan di bahagian stor dirampas," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Menurutnya suspek yang dipercayai menjual rokok berkenaan untuk pelanggan tetapnya ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki pelbagai rokok tanpa cukai.

Sementara itu, Shaari berkata dalam operasi lain semalam, PGM turut merampas 16 jenis mercun dan bunga api bernilai RM5,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Beruas.

"Mercun dan bunga api itu disembunyikan di bawah timbunan barangan lain di dalam sebuah stor di rumah kedai milik seorang lelaki berumur 53 tahun yang kemudiannya diberkas," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu menjual dan menyimpan mercun dan bunga api yang dilarang.

ArticlePublished 16 Jun 2014 2.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM