Seri
Kembangan - 1 November 2010. Sepasukan polis dari cawangan D7, Ibu
Pejabat Polis Daerah Serdang telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah
di Jalan Besar, Seri Kembangan Selangor.
Semasa
Sidang Media oleh YDH SAC Dato' A. Thaiveegan berkata, hasil dari
serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya menahan tiga orang lelaki
berbangsa Cina dan merampas pelbagai perkakas komputer, komputer riba
pelbagai jenama, mesin faks, pencetak dan pelbagai jenis telefon bimbit
yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan judi ekor haram.
Hasil siasatan ke atas ketiga - tiga suspek mengaku kegiatan ini telah beroperasi hampir 3 tahun dan memperolehi keuntungan hampir RM 100, 000 dalam masa seminggu dan keuntungan lebih kurang RM 4.3 juta. Setakat ini siasatan masih di jalankan.

Pemangku Ketua Polis Selangor, YDH SAC Dato' A Thaiveegan memerhati barang kes yang dirampas polis dalam serbuan tersebut bersama Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Razak bin Elias dan Pegawai-pegawai Kanan IPD Serdang