Bertempat
di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah,Ketua Polis Kedah
Senior DCP Dato' Ahmad bin Ibrahim telah mengadakan sidang media
berikutan penangkapan tiga orang lelaki di kawasan Air Hitam, Kubang
Pasu Kedah oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kedah pada 14
Oktober 2013.
Hasil
serbuan,pihak polis telah berjaya merampas sepucuk pistol serta (7)
butir peluru.Kesemua saspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes
dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Senjataapi(Penalti Lebih Berat)1971
dan seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Dalam
satu kes yang berasingan,pada tarikh 14 Oktober 2013 lebih kurang jam
2.20 petang,pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kedah
telah melakukan serbuan di sebuah bilik hotel Jalan Putra Alor Setar
dan telah berjaya menahan (1) lelaki cina dan (1) perempuan Melayu yang
terlibat dalam pengedaran dadah.
Hasil
pemeriksaan,pihak polis telah menemui dan merampas (4) paket plastik
mengandungi dadah disyaki syabu berat kasar 23.8 gram,(150) biji pil
disyaki dadah eremin 5,sebuah kereta jenis Honda Accord dan juga wang
tunai RM 62,030 dan Thai Bath 30,000.Siasatan dijalankan di bawah
seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Kedua-dua saspek ditahan reman
untuk siasatan lanjut.




Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Polis Rampas Pistol Tahan Tiga Lelaki
Bertempat di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah,Ketua Polis Kedah Senior DCP Dato' Ahmad bin Ibrahim telah mengadakan sidang media berikutan penangkapan tiga orang lelaki di kawasan Air Hit..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-pistol-tahan-tiga-lelaki
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.