Polis Rampas Lapan Kenderaan Tahan Sembilan Orang Termasuk
Kuala
Lumpur, 17 Okt - Polis merampas lapan buah kenderaan bernilai RM600,000
selepas menahan sembilan termasuk seorang wanita yang disyaki aktif
melakukan jenayah samun kenderaan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Ketua
Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata kesemua
mereka yang berusia awal 20-an dan 30-an itu ditahan dalam serbuan
berasingan di hotel bajet di Jalan Kuchai Lama dan Desa Seri Hartamas
pada Ahad dan Isnin lepas.
"Kumpulan
ini aktif sejak awal tahun ini, giat melakukan kegiatan mereka dengan
menggunakan modus operandi iaitu melanggar belakang kereta mangsa dan
mengacukan pedang untuk menakutkan mangsa sebelum melarikan kenderaan
terbabit.
"Mereka
turut menyamun kereta mangsa selepas mangsa memasuki pagar rumah dan
berada di perkarangan parkir," katanya kepada pemberita dalam sidang
media hari ini.
Beliau
berkata hasil soal siasat terhadap mereka yang ditangkap itu membawa
kepada rampasan lapan buah kenderaan iaitu Honda CRV, Honda City, Honda
Civic, Toyota Vios, Proton Waja, Audi Q5, Toyota Unser dan BMW X5.
"Kita
rampas kenderan-kenderaan ini di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang
yang diletakkan di parkir pusat membeli-belah dan parkir kondominium.
"Kita
percaya kenderaan itu diletakkan di parkir berkenaan sementara menunggu
pembeli. Siasatan juga akan dijalankan bagi melihat sama ada kumpulan
ini mempunyai kaitan dengan sindiket menyeludup kereta mewah bernilai
RM2.07 juta yang ditumpaskan 8 Okt lepas di sebuah kawasan perindustrian
di Klang," katanya.
Hasil
serbuan di hotel bajet berkenaan turut merampas sebilah pedang samurai,
sebilah pisau, sebatang kikir, sebatang besi panjang, topeng muka dan
sebuah jam tangan, katanya.
"Lima daripada sembilan yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dadah, samun dan pelbagai jenayah lain," katanya.
Beliau
berkata dengan tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan kira-kira 20
kes samun kereta menggunakan modus operandi seperti itu di sekitar Kuala
Lumpur dan Selangor.
Muhammad
Azlee berkata polis kini sedang memburu seorang lagi individu iaitu
Chia Chin Hock, 30, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan ini
dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai
Penyiasat Inspektor Zahril Azly Zuklifli di talian 017-4589997.
Sumber : BERNAMA