Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas Pistol Tahan Tiga Lelaki

Published: 18 Jun 2014 2.31 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
Bertempat di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah,Ketua Polis Kedah Senior DCP Dato' Ahmad bin Ibrahim telah mengadakan sidang media berikutan penangkapan tiga orang lelaki di kawasan Air Hit..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-pistol-tahan-tiga-lelaki
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:02 MYT

Bertempat di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah,Ketua Polis Kedah Senior DCP Dato' Ahmad bin Ibrahim telah mengadakan sidang media berikutan penangkapan tiga orang lelaki di kawasan Air Hitam, Kubang Pasu Kedah oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kedah pada 14 Oktober 2013.

Hasil serbuan,pihak polis telah berjaya merampas sepucuk pistol serta (7) butir peluru.Kesemua saspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Senjataapi(Penalti Lebih Berat)1971 dan seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Dalam satu kes yang berasingan,pada tarikh 14 Oktober 2013 lebih kurang jam 2.20 petang,pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kedah telah melakukan serbuan di sebuah bilik hotel Jalan Putra Alor Setar dan telah berjaya menahan (1) lelaki cina dan (1) perempuan Melayu yang terlibat dalam pengedaran dadah.

Hasil pemeriksaan,pihak polis telah menemui dan merampas (4) paket plastik mengandungi dadah disyaki syabu berat kasar 23.8 gram,(150) biji pil disyaki dadah eremin 5,sebuah kereta jenis Honda Accord dan juga wang tunai RM 62,030 dan Thai Bath 30,000.Siasatan dijalankan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Kedua-dua saspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Polis Rampas Pistol Tahan Tiga Lelaki
Polis Rampas Pistol Tahan Tiga Lelaki
Polis Rampas Pistol Tahan Tiga Lelaki
Polis Rampas Pistol Tahan Tiga Lelaki

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah

ArticlePublished 18 Jun 2014 2.31 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM