Polis Rampas Pistol Buatan Sendiri Tahan Dua Lelaki Dalam S
Alor
Setar, 16 Mei - Polis menahan dua lelaki dan merampas sepucuk pistol
buatan sendiri dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Masjid
Kubang Rotan, Kuala Kedah dekat sini awal hari ini.
Dalam
operasi pukul 1.30 pagi itu, dua lelaki berusia 38 dan 31 tahun
berkenaan ditahan kerana dipercayai terlibat dalam pembuatan pistol
tersebut.
Timbalan
Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata dalam serbuan hasil
maklumat orang awam itu, pihaknya turut merampas dua butir peluru
penabur serta satu 'holster' (sarung pistol) berwarna hitam yang
disembunyikan di rumah tersebut.
Kedua-dua
orang suspek yang tidak bekerja itu ditahan untuk membantu siasatan
mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (Hukuman Lebih Berat) 1960, katanya
pada sidang media di sini.
"Seorang
daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan
pemilikan dadah," katanya yang tidak menolak kes itu ada kaitan dengan
samun bersenjata api di Kedah.
Beliau
berkata jika disabit kesalahan, kedua-dua mereka boleh dikenakan
hukuman penjara sehingga 14 tahun dan enam kali sebatan. - BERNAMA

