Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas Mercun Bunga Api Rm150 000

Published: 16 Jun 2014 12.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
TANAH MERAH 19 Ogos - Cubaan seorang pemandu lori membawa muatan mercun dan bunga api seludup untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa gagal apabila dia tersilap langkah setelah memasuki jalan mat..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-mercun-bunga-api-rm150-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:20 MYT

TANAH MERAH 19 Ogos 2010 - Cubaan seorang pemandu lori membawa muatan mercun dan bunga api seludup untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa gagal apabila dia tersilap langkah setelah memasuki jalan mati dekat Jalan Wan Ahmad di sini awal hari ini.

Pemandu lori itu bagaimanapun sempat melarikan diri ke dalam semak berhampiran, namun lorinya yang sarat muatan mercun dan bunga api seludup dianggarkan bernilai lebih RM150,000 berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdul Aziz Mahmud berkata, sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah telah terserempak dengan lori berkenaan dalam keadaan mencurigakan di Jalan Padang Siam di sini pada pukul 4 pagi.

Katanya, anggota polis terbabit kemudian mengarahkan pemandu lori itu berhenti untuk pemeriksaan, tetapi dia bertindak memecut kenderaannya.

Bagaimanapun, katanya, lori tersebut telah memasuki jalan mati selepas dikejar sejauh kira-kira 2 kilometer.

"Pemandu lori itu melarikan diri dalam semak berhampiran sebelum anggota polis sampai di lokasi tersebut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Abdul Aziz, hasil pemeriksaan mendapati, sejumlah 198 kotak mengandungi 12 jenis mercun dan bunga api bernilai RM150,00 dipercayai diseludup dari negara jiran dimuatkan dalam lori itu.

"Kesemua barang larangan itu dipercayai ingin dibawa ke Selangor untuk dipasarkan sekitar Lembah Kelang menjelang musim perayaan ini dan rampasan tersebut merupakan yang terbesar pada tahun ini," ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pemilik lori terbabit dan identiti suspek.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tujuh tahun jika sabit kesalahan.

ArticlePublished 16 Jun 2014 12.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM