Balik Pulau, 10 November - Sebanyak lima buah premis dipercayai menjalankan operasi mesin perjudian haram di sekitar daerah ini diserbu polis dalam Operasi Cegah Jenayah Bersepadu peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di sini, malam tadi.
Dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 9 malam dan berakhir pukul 3 pagi itu, beberapa mesin simulasi dan kelengkapan permainan komputer yang dipercayai mempunyai unsur perjudian bernilai RM400,000 turut dirampas.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, semua barangan dirampas itu termasuk mesin simulasi mempunyai lesen tetapi pihaknya mendapati wujud unsur perjudian dalam operasi di premis-premis terlibat.
Terdahulu, sebelum operasi bermula, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahirn Hanafi hadir memberikan taklimat kepada kira-kira 450 pegawai dan anggota polis termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menjalankan operasi berkenaan di seluruh daerah ini.

Sumber: Utusan Malaysia