Lahad Datu, 10 November - Polis berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan rokok seludup di daerah ini dengan penahanan seorang lelaki dalam Ops Cantas/ Ops Lejang di Kampung Puyut dekat sini semalam.
Dalam operasi pukul 2.30 pagi itu, polis berjaya menemui 37,670 bungkus rokok seludup pelbagai jenama yang disimpan di dalam sebuah lori dipercayai untuk diedarkan di pasaran tempatan.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, kejayaan rampasan itu susulan daripada penahanan sebuah lori yang dalam keadaan mencurigakan ketika Ops Cantas dan Ops Lejang dijalankan.
Menurut beliau lagi, suspek berusia 36 tahun itu turut ditahan dan kesemua barang rampasan dirampas di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Sumber: Kosmo