Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Dadah Bernilai Rm1 Juta Tahan Tiga Lelaki Warga Afrika

Diterbitkan: 21 Mar 2016 7.26 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.30 PM
Kuala Lumpur, 21 Mac 2016 - Polis menahan tiga lelaki warga Afrika dan merampas dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1 juta dalam dua serbuan di Negeri Sembilan dan Selangor.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-dadah-bernilai-rm1-juta-tahan-tiga-lelaki-warga-afrika
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:50 MYT
Kuala Lumpur, 21 Mac 2016 - Polis menahan tiga lelaki warga Afrika dan merampas dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1 juta dalam dua serbuan di Negeri Sembilan dan Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam serbuan pertama pada Selasa lepas, dua lelaki warga Afrika berusia lingkungan 22 hingga 27 tahun diberkas pada 11.05 pagi di parkir kereta di Putra Nilai, Negeri Sembilan.

Beliau berkata ketika ditahan kedua-dua suspek sedang membawa bungkusan kotak mengandungi 40 adapter komputer riba yang disorokkan dadah disyaki syabu seberat 3.4 kilogram. 

Katanya dadah terbabit diimport dari negara luar untuk dijual di pasaran tempatan.

"Modus operandi yang digunakan suspek untuk import bahan terlarang itu ke negara ini adalah menggunakan perkhidmatan kurier antarabangsa bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya dalam satu sidang akhbar di Menara 1, Bukit Aman di sini, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata polis turut merampas sebuah kereta jenis Myvi dalam serbuan tersebut.

Beliau berkata dalam serbuan kedua di Taman Sentosa, Klang pada Khamis lepas, polis menahan seorang lagi lelaki warga Afrika kerana memiliki syabu seberat 1.4 kilogram.

"Ketika ditahan suspek berusia 29 tahun itu sedang membawa empat katrij dakwat pencetak yang disorokkan syabu di dalamnya," katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Katanya kejayaan itu juga merupakan hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia dengan Suruhanjaya Kawalan Narkotik Kebangsaan China (NNCC) dalam membanteras dadah.

Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata dadah pelbagai jenis bernilai RM56.8 juta berjaya dirampas dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.      

Katanya sebanyak 46,297 orang termasuk 1,939 warga asing ditahan berkaitan
kes dadah dalam tempoh berkenaan. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2016 7.26 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.30 PM