Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Dadah 2 3kg Dalam Kotak Bijirin

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Semua rampasan dianggarkan bernilai RM100,000 merangkumi 2 plastik berisi syabu seberat 102 gram di dalam beg dan 10 peket heroin seberat 2,231 gram diletakkan di dalam kelima-lima kotak bijirin..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-dadah-2-3kg-dalam-kotak-bijirin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:00 MYT

Kuala Lumpur - 16 Januari 2010. Taktik seorang pengedar dadah yang cuba menyembunyikan lebih dua kilogram dadah dalam kotak bijirin tidak berhasil apabila dihidu pihak polis yang memberkasnya di Jalan Alor, Rabu lalu.

Hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur telah menahan lelaki berusia 30 tahun yang disyaki menjalankan aktiviti pengedaran dadah itu, kira-kira jam 11 malam. Ketika ditahan suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu didapati turut membawa beg galas dan polis menemui 5 kotak makanan bijirin berisi dadah jenis heroin dan syabu.

Ketua JSJN Kuala Lumpur, ACP Kang Chez Chiang berkata, pemeriksaan lanjut pihaknya mendapati dadah seberat kira-kira 2.3 kg itu diisi dalam belasan peket plastik lutsinar iaitu masing-masing dalam beg dan kotak berkenaan.

"Semua rampasan dianggarkan bernilai RM100,000 merangkumi 2 plastik berisi syabu seberat 102 gram di dalam beg dan 10 peket heroin seberat 2,231 gram diletakkan di dalam kelima-lima kotak bijirin"

"Selain positif dadah, pemeriksaan lanjut polis mendapati suspek yang masih bujang itu juga turut memiliki rekod jenayah lampau berhubung penyalahgunaan dadah pada tahun lalu".

Suspek bergerak aktif di sekitar ibu kota dan Selangor itu bergerak secara bersendirian sejak 4 bulam lalu dengan menggunakan telefon bimbit sebagai alat komunikasi bersama pelanggannya.

Suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM