Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Balak Bernilai Rm500 000

Diterbitkan: 13 Nov 2014 1.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
SIBU, 12 Nov - Seperti tumbangnya sebatang pohon gergasi di tengah belantara, begitu jugalah nasib yang dialami satu sindiket mencuri balak apabila polis merampas balak dan jentera berat bernilai kira-kira RM500,000.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-balak-bernilai-rm500-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:28 MYT
POLIS RAMPAS BALAK BERNILAI RM500,000

SIBU, 12 Nov - Seperti tumbangnya sebatang pohon gergasi di tengah belantara, begitu jugalah nasib yang dialami satu sindiket mencuri balak apabila polis merampas balak dan jentera berat bernilai kira-kira RM500,000.

Polis mencapai kejayaan itu dalam serbuan pada kira-kira 1.30 tengah hari di dua kolam balak berhampiran Km35 Jalan Sibu/Bintulu di sini semalam.

Tiga pekerja ditahan bagi membantu sisatan apabila mereka gagal menunjukkan permit kerja daripada Jabatan Perhutanan Negeri.

Pasukan yang melakukan serbuan itu dianggotai tiga pegawai dan sembilan anggota daripada Batalion Ke-10 Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkalan di Kem Lanang.

ASP Juvrinh Adrian Labungan, yang mengetuai serbuan itu, berkata dalam serbuan di kolam balak pertama, 60 balak pelbagai saiz dan spesies serta sebuah jentera pengorek dan sebuah traktor, dirampas.

"Tiada satu pun balak berkenaan mempunyai tag rasmi mandatori daripada Jabatan Perhutanan Negeri.

"Dalam serbuan selepas itu di sebuah lagi kolam balak berhampiran, pasukan PGA menjumpai 90 balak, juga yang tidak mempunyai tag.

"Di sini, kami menahan tiga pekerja apabila mereka gagal menunjukkan permit kerja daripada Jabatan Perhutanan Negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata balak dan jentera berkenanan diserah kepada Jabatan Perhutanan Negeri untuk memudahkan siasatan mengikut Seksyen 85(1) Ordinan Perhutanan Sarawak. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 13 Nov 2014 1.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM