Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keluarga Syabu Kantoi

Diterbitkan: 13 Nov 2014 1.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
SEGAMAT - Tindakan sebuah keluarga menjadikan rumah mereka di Taman Jaya, Jementah, di sini, sebagai makmal haram memproses dadah terbongkar dalam serbuan polis, lsnin lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keluarga-syabu-kantoi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:39 MYT
Keluarga Syabu Kantoi

SEGAMAT - Tindakan sebuah keluarga menjadikan rumah mereka di Taman Jaya, Jementah, di sini, sebagai makmal haram memproses dadah terbongkar dalam serbuan polis, lsnin lalu. 

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, dalam serbuan kira-kira jam 6.50 pagi itu, polis menahan empat suspek iaitu dua lelaki dan dua perempuan warga tempatan berumur anlara 26 hingga 60 tahun. 

"Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat itu turut menemui pelbagai perkakasan dan bahan memproses serta memasak dadah jenis syabu 

"Selain itu, kami turut menemui 97 gram syabu yang disimpan di dalam kereta, 12.4 gram syabu dan 400 mililiter cecair yang digunakan untuk memproses syabu di bilik tidur" katanya ketika sidang media di IPD Segamat, semalam. 

"Barang-barang yang dirampas ini dipercayai boleh memproses 50 gram bekalan dadah pada satu-satu masa dengan anggaran RM 18,000 untuk tujuan pasaran sekitar daerah ini. 

"Dua suspek kes ini iaitu pasangan suami isteri yang berumur 26 dan 28 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamine. Manakala, ibunya dan seorang lagi lelaki didakwa bapa angkat pasangan berkenaan negatif ujian dadah," katanya. 

Menurutnya, kesemua suspek ditahan reman sehingga 17 November ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. 

Sumber: Akhbar Sinar Harian.
ArtikelDiterbitkan 13 Nov 2014 1.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM