Article
Polis Rampas 500 Kotak Pelbagai Mercun Di Batu Arang
Menurutnya, kesemua mercun berkenaan akan dilupuskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau...
Kuala
Lumpur, 23 Jun - Polis merampas sebanyak 500 kotak mercun pelbagai
jenis di sebuah ladang kelapa sawit di Batu Arang, Selangor, dianggar
bernilai kira-kira RM700,000, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata mercun itu dijumpai dalam tiga buah stor dan di dalam sebuah kontena dalam kawasan ladang itu pada pukul 4 petang.
Ketika serbuan terdapat tiga suspek lelaki disyaki warga asing sedang sibuk mengemas stor berkenaan, namun menyedari kehadiran polis mereka sempat meloloskan diri, katanya.
Ali berkata pihaknya percaya mercun tersebut diseludup masuk dari Thailand untuk dijual di pasaran tempatan bagi kegunaan semasa sambutan Aidilfitri tahun ini.
Menurutnya, kesemua mercun berkenaan akan dilupuskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber: BERNAMA