Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Geng Kerat Jari Mangsa Culik Ditahan

Diterbitkan: 11 Jul 2014 2.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 23 Jun - Dua remaja perempuan adalah antara lapan anggota kumpulan ganas 'Geng Padu' yang ditahan dalam dua serbuan di sebuah rumah di Jalan Bukit Ubi di sini Rabu lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Zakaria Ahmad berkata anggota kumpulan itu yang berumur lingkungan 17 hingga 32 tahun ditahan antara pukul 11.45 pagi dan 4.30 petang. Kumpulan ini aktif melakukan kegiatan jenayah di sini sejak a
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-kerat-jari-mangsa-culik-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:32 MYT
Kuantan, 23 Jun - Dua remaja perempuan adalah antara lapan anggota kumpulan ganas 'Geng Padu' yang ditahan dalam dua serbuan di sebuah rumah di Jalan Bukit Ubi di sini Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Zakaria Ahmad berkata anggota kumpulan itu yang berumur lingkungan 17 hingga 32 tahun ditahan antara pukul 11.45 pagi dan 4.30 petang.

Kumpulan ini aktif melakukan kegiatan jenayah di sini sejak awal tahun ini dan setakat ini dipercayai terlibat dalam lapan kes yang melibatkan tiga kes samun, dua kes pecah rumah, satu kes curi kenderaan dan satu kes memiliki pistol.

"Malah siasatan awal mendapati kumpulan ini juga terlibat dalam satu kes penculikan dan pengurungan salah membabitkan seorang mangsa wanita pada 1 Mei lepas di Indera Mahkota.

"Dalam kes ini mangsa telah didera selain dikerat jarinya kerana dipercayai menjadi tali barut polis," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang di sini hari ini.

Zakaria berkata pihak polis turut merampas sepucuk pistol colt automatic 22 special magnum bersama 14 butir peluru yang dipercayai baru dibeli dari negara jiran.

"Kumpulan ini berbahaya, sangat berani, ganas dan menggunakan parang dan pisau semasa menyamun. Polis percaya jika belum tertangkap, kumpulan ini juga akan menggunakan pistol," katanya.

Hasil samun seperti telefon bimbit, TV LCD serta sebilah pedang samurai, sebuah pacuan empat roda dan kereta turut dirampas.

Beliau berkata kesemua mereka yang dipercayai penagih ditahan reman sehingga 1 Julai.

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 11 Jul 2014 2.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM