Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas 45 000 Liter Minyak Syabu Bernilai Rm4 6 Juta

Published: 16 Jun 2014 2.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Polis berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dadah jenis syabu di negara ini yang didalangi warga Iran berikutan rampasan 45,000 liter minyak syabu yang boleh men..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-45-000-liter-minyak-syabu-bernilai-rm4-6-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:48 MYT

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Polis berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dadah jenis syabu di negara ini yang didalangi warga Iran berikutan rampasan 45,000 liter minyak syabu yang boleh menghasilkan 27kg syabu bernilai RM4.6 juta dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Megah Kepong, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ACP Kang Chez Chiang berkata serbuan hasil maklumat pemilik rumah sewa teres dua tingkat kira-kira 9.20 pagi itu juga menemui pelbagai peralatan memproses dadah seperti dapur elektrik, mesin pengisar, penimbang digital dan cerek elektrik.

"Kita (polis) kini menjejaki penyewa rumah itu iaitu seorang lelaki warga Iran berumur 30-an yang juga dipercayai mempunyai kaitan dengan serbuan makmal memproses dadah di sebuah rumah di Hartamas, Julai lepas.

"Kita percaya lelaki Iran itu menghuni lokasi ini (Kepong) untuk memproses dadah, selepas rumah yang disewa rakannya yang juga warga Iran, pada 22 Julai lepas di Hartamas berjaya diserbu polis," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Isnin.

Kang percaya lelaki paling dikehendaki itu masih berada dalam negara ini dan gerakan mencarinya giat dijalankan.

Pada 22 Julai lepas, polis menyerbu sebuah rumah di Sri Hartamas dan menemui sembilan tong plastik berisi cecair berwarna kehitaman disyaki minyak syabu seberat 72 gelen (327.6 liter) yang boleh memproses 200kg syabu.

Ekoran itu, lelaki Iran berumur 39 tahun berjaya ditahan berdekatan sebuah restoran segera di Jalan Prima Kepong, pukul 8.50 malam.

Pada pukul 2.50 petang keesokan harinya, polis menahan isteri suspek itu, yang juga rakyat Iran berusia 34 tahun di rumah milik mereka di Sunway SPK Damansara.

ArticlePublished 16 Jun 2014 2.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM