Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas 410 Kotak Berisi Bunga Api Dalam Serbuan Di Pusat Snuker

Published: 21 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Johor Bharu, Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata, serbuan di pusat snuker yang dijadikan stor simpanan bunga api itu dilakukan 12.15 tengah malam tadi selepas polis bertindak atas maklumat kegiatan penjualan barangan berkenaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-410-kotak-berisi-bunga-api-dalam-serbuan-di-pusat-snuker
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:51 MYT

Johor Bharu, 21 Nov - Polis merampas 410 kotak berisi bunga api bernilai RM240,000 dalam serbuan di sebuah pusat snuker di Taman Bukit Jaya, di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bharu, Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata, serbuan di pusat snuker yang dijadikan stor simpanan bunga api itu dilakukan 12.15 tengah malam tadi selepas polis bertindak atas maklumat kegiatan penjualan barangan berkenaan.

"Terdahulu, pemeriksaan berdekatan tandas pusat snuker itu menemui pintu dalam keadaan berkunci.

"Apabila pintu berjaya dibuka, didapati terdapat laluan tangga menghala ke bawah premis yang kemudiannya membawa kepada penemuan kesemua 410 kotak besar berisi bunga api terbabit," katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Sulaiman berkata, polis turut menahan dua individu berumur 17 dan 18 tahun yang merupakan penjaga kelab snuker itu bagi membantu siasatan.

Katanya, kesemua bunga api yang dirampas diangkut menggunakan tiga lori dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

- BERNAMA

ArticlePublished 21 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM