Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas 34 000 Biji Pil Eramin 5

Published: 13 Jun 2014 1.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
pihak polis telah merampas 10,250 biji pil Eramin 5 sebelum menyerbu sebuah rumah di Bayan Lepas pada pukul 1.30 pagi Selasa dan menahan lelaki ketiga serta merampas 18,750 biji pil Eramin 5...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-34-000-biji-pil-eramin-5
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:23 MYT

Georgetown - 4 Jun 2009. Tiga lelaki dipercayai anggota satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di Pulau Pinang telah ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Bayan Lepas dan Teluk Kumbar pada malam Isnin dan awal pagi Selasa lepas.

Dalam Sidang Akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, YDH Dato' Ayub Yaakob, Ketua Polis Negeri berkata, ketiga-tiga lelaki yang berumur antara 20 dan 30 tahun itu ditahan berasingan dan polis turut merampas sejumlah 34,000 biji pil Eramin 5 yang bernilai kira-kira RM680,000.

"Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri berjaya menahan seorang lelaki di kawasan Queensbay kira-kira pukul 10.30 malam pada hari Isnin. Hasil pemeriksaan, polis menemui kira-kira 5,000 biji pil Eramin yang dibawa oleh lelaki itu, dipercayai untuk dihantar kepada pelanggannya"

Berdasarkan maklumat yang diterima dari lelaki itu, pasukan yang sama menyerbu sebuah rumah di teluk Kumbar pada pukul 12 tengahmalam hari yang sama dan berjaya menahan seorang lagi lelaki. Di rumah itu, pihak polis telah merampas 10,250 biji pil Eramin 5 sebelum menyerbu sebuah rumah di Bayan Lepas pada pukul 1.30 pagi Selasa dan menahan lelaki ketiga serta merampas 18,750 biji pil Eramin 5.

Siasatan awal mendapati ketiga-tiga mereka tidak bekerja dan menjadi runner sindiket pengedaran pil Eramin 5 yang dibawa masuk dari luar negara melalui kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL).

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM