Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Geng Pecah Kereta Tumpas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 1.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
pihak polis turut merampas sejenis alat elektronik khas yang digunakan oleh penjenayah sebagai alat utama untuk mengesan barang berharga di dalam sesebuah kenderaan...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-pecah-kereta-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:58 MYT

Shah Alam - 5 Jun 2009. Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berjaya menumpaskan geng pecah dan curi dalam kereta membabitkan warga asing di sekitar Lembah Klang dengan tertangkapnya dua  lelaki warga Indonesia di Kampung Changkat, Batu 6, Gombak, Selasa lalu.

Dalam Sidang Akhbar oleh Ketua Polis Selangor, YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar berkata, bersama tangkapan itu, pihak polis turut merampas sejenis alat elektronik khas yang digunakan oleh penjenayah sebagai alat utama untuk mengesan barang berharga di dalam sesebuah kenderaan.

Dalam serbuan ke atas rumah suspek tersebut pada jam 7.30 malam, pihak polis menemui pelbagai barangan termasuk jam tangan, beg wanita dan mesin pencetak.  Hasil samun dalam kenderaan itu akan dijula kepada pembeli yang juga warga Indonesia  sebelum barang-barang itu dibawa keluar ke negara itu untuk dijual.

Suspek-suspek terbabit dipercayai terbabit dalam 20 kes di sekitar Lembah Klang dengan menjadikan kenderaan yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta di pejabat, lorong dan kawasan luar rumah sebagai sasaran. Kedua-dua suspek direman bermula semalam daan kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 KK kerana mencuri.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 1.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM