Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas 33 Kg Ganja

Diterbitkan: 13 Jun 2014 12.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
SHAH ALAM - 12 Mei 2009. Tiga serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor baru-baru ini berjaya membongkar sindiket pengedaran ganja yang mendapatkan bekalan dari Thailand u..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-33-kg-ganja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:53 MYT
SHAH ALAM - 12 Mei 2009. Tiga serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor baru-baru ini berjaya membongkar sindiket pengedaran ganja yang mendapatkan bekalan dari Thailand untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.

Kejayaan pasukan Polis Selangor itu adalah hasil tertangkapnya tiga lelaki bersama 33 kilogram ganja bernilai RM85,200 dalam serbuan di Kajang, Ulu Yam Baru dan Batu Caves pada Khamis lalu. Turut dirampas dalam tiga serbuan itu ialah beberapa unit telefon bimbit, sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Space Wagon, sebuah kereta Proton Persona dan sebuah motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, serbuan pertama melibatkan tangkapan seorang penunggang motosikal yang membawa ganja seberat 0.26 kilogram dan pemandu kereta Mitsubishi itu bersama dua kilogram ganja mampat di Bandar Damai Perdana, Kajang.

Beliau berkata, ketika ditangkap pada kira-kira pukul 6.30 petang, kedua-dua suspek dipercayai sedang berbincang untuk urusan jual-beli dadah.

Menurut beliau, hasil soal siasat terhadap dua lelaki terbabit, polis menahan seorang lagi lelaki yang memandu sebuah kereta Proton Persona bersama lima kilogram ganja mampat, dua jam kemudian di Kampung Serai, Hulu Langat, Kajang.

"Hasil maklumat daripada lelaki yang ditahan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Ulu Yam Baru dan menemui 26 kilogram ganja mampat yang disorokkan di dalam sebuah kotak putih," kata beliau.

Ketiga-tiga suspek direman selama 14 hari sehingga 14 Mei ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 12.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM