Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Pulau Pinang Rampas Dadah Bernilai Rm2 Juta

Published: 18 Jun 2014 2.05 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
George Town, 7 Okt - Polis merampas dadah bernilai RM2 juta dan menahan tiga suspek selepas membongkar kewujudan sebuah makmal memproses dadah di Sungai Nibong di sini Jumaat lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-pulau-pinang-rampas-dadah-bernilai-rm2-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:26 MYT

George Town, 7 Okt - Polis merampas dadah bernilai RM2 juta dan menahan tiga suspek selepas membongkar kewujudan sebuah makmal memproses dadah di Sungai Nibong di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam serbuan itu, polis merampas 5.19 kilogram (kg) heroin, 60 kg kafein serta bahan kimia dan peralatan memproses dadah.

"Polis turut merampas sepucuk pistol bersama kelopak peluru. Walaupun tiada suspek yang ditahan namun pihak polis telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam makmal pemprosesan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahim juga berkata polis mematahkan dua cubaan menyeludup dadah selepas menahan dua wanita warga asing yang dipercayai dijadikan keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Beliau berkata penyeludupan itu membabitkan seorang pelajar warga Malawi yang berusia 17 tahun Sabtu lepas. Abdul Rahim berkata polis merampas 4.5 kg syabu yang disembunyi di dalam bagasi pakaiannya.

"Pelajar terbabit kali pertama tiba di Malaysia melalui penerbangan dari Malawi yang transit di Singapura," katanya. Abdul Rahim berkata kes kedua membabitkan seorang pekerja salun rambut dari India berumur 37 tahun yang cuba menyeludup 3.1 kg syabu awal pagi tadi.

Beliau berkata polis turut menyita US$500 dan 6,400 Rupee daripadanya yang dianggarkan bernilai RM1,960. Kedua-duanya direman selama seminggu untuk membantu siasatan.

Sementara itu, beliau berkata dua suspek yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah ditahan di sebuah motel di Seberang Jaya, Ahad lepas dan merampas 23 gram heroin, 28 gram syabu dan sepucuk pistol tiruan.

Kedua-duanya yang berumur lingkungan 30 hingga 35 tahun sedang direman, katanya. 

Polis Pulau Pinang Rampas Dadah Bernilai Rm2 Juta
Polis Pulau Pinang Rampas Dadah Bernilai Rm2 Juta
Polis Pulau Pinang Rampas Dadah Bernilai Rm2 Juta
Polis Pulau Pinang Rampas Dadah Bernilai Rm2 Juta
Polis Pulau Pinang Rampas Dadah Bernilai Rm2 Juta

Sumber : BERNAMA
Foto : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang

ArticlePublished 18 Jun 2014 2.05 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM