Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Pulau Pinang Rampas 14 150 Biji Pil Eramin Tahan Dua

Published: 16 Jun 2014 3.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan dua lelaki yang dipercayai pengedar dadah dan merampas 14,150 biji pil dadah sintetik jenis Eramin 5 yang bernilai RM283,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Gambir di sini, tiga h..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-pulau-pinang-rampas-14-150-biji-pil-eramin-tahan-dua
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:07 MYT

GEORGE TOWN, 14 Mac (Bernama) 

Polis menahan dua lelaki yang dipercayai pengedar dadah dan merampas 14,150 biji pil dadah sintetik jenis Eramin 5 yang bernilai RM283,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Gambir di sini, tiga hari lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang DSP Lee King Chuan berkata, bertindak atas risikan, sepasukan polis menyerbu rumah itu pada pukul 2 pagi, Jumaat lepas dan menemui pil Eramin 5 itu dalam sebuah bilik tidur.

"Hasil sisatan, polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Altis, wang tunai dalam pelbagai mata wang asing, barang kemas, jam tangan jenama Rolex dan sebuah komputer riba yang dianggarkan berjumlah RM154,431," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an itu dipercayai menjalankan kegiatan mengedar dadah di pusat-pusat hiburan di sini sejak enam bulan lepas.

Lee berkata kedua-dua lelaki terbabit kini ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

ArticlePublished 16 Jun 2014 3.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM