Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kelantan Rampas Lebih 21 000 Pil Kuda Bernilai Rm427 0

Diterbitkan: 16 Jun 2014 3.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KOTA BAHARU, 14 Mac (Bernama) -- Polis Kelantan merampas lebih 21,000 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM427,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Nilam Puri di sini, Sabtu lalu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-rampas-lebih-21-000-pil-kuda-bernilai-rm427-0
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:48 MYT

KOTA BAHARU, 14 Mac (Bernama)

Polis Kelantan merampas lebih 21,000 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM427,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Nilam Puri di sini, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Supt Md Azmi Othman berkata seorang lelaki berumur lingkungan 20an ditahan ketika cuba melarikan diri daripada rumah itu ketika serbuan pada pukul 8.30 pagi.

"Ini rampasan terbesar dalam tempoh tiga tahun dan kita percaya segala dadah ini untuk pasaran tempatan yang diperolehi dari negara jiran.

"Rampasan dan tangkapan ini adalah hasil maklumat awam dan kesemua dadah itu ditemui dalam rumah berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, Isnin.

Md Azmi berkata berikutan tangkapan itu, polis menemui wang tunai lebih RM73,000 dalam but sebuah kereta selain menyita sebuah lagi kereta lain.

"Lelaki itu telah ditahan reman sehingga 19 Mac ini untuk membantu siasatan. Lelaki itu yang merupakan seorang penganggur juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 3.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM