Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Pulau Pinang Cari Milo

Published: 14 Apr 2015 1.54 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
BALIK PULAU, 14 April- Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai 'Milo' bagi membantu siasatan dalam tiga kes pecah rumah di sekitar Sungai Nibong dan George Town.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-pulau-pinang-cari-milo
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:43 MYT

BALIK PULAU, 14 April- Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai 'Milo' bagi membantu siasatan dalam tiga kes pecah rumah di sekitar Sungai Nibong dan George Town.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata Milo atau Mohamad Hamizy Rosly (850925-07-5321) beralamat terakhir di 38-0 Jalan Bukit Dumbar, Jelutong.

Kes berkenaan berlaku sejak beberapa bulan lepas membabitkan rumah yang tidak berpenghuni sebagai sasaran dengan kerugian dianggar mencecah RM100,000.

Polis juga sedang mengesan seorang lagi lelaki bernama Muhammad Fazli Hanafi, 23, bagi membantu siasatan dalam kes menyamar polis dan menyamun berkumpulan warga asing di Teluk Kumbar pada 22 Mac lepas.

Lai berkata empat lelaki yang terbabit dalam kes itu sudah ditahan. Alamat terakhir Muhammad Fazli ialah 2B-3-16 Mutiara Height Lintang Hajjah Rehmah, Jelutong.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Shanjeevan di talian 016-5347869 dan Insp Frediana Zillah (016-2562298) atau mana-mana balai polis berdekatan.- BERNAM

ArticlePublished 14 Apr 2015 1.54 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM