Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan 24 Gro Di George Town

Diterbitkan: 14 Apr 2015 1.50 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
GEORGE TOWN, 14 April - Polis menahan 23 wanita Vietnam dan seorang wanita warga China yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar di sini, awal pagi ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-24-gro-di-george-town
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:43 MYT

GEORGE TOWN, 14 April - Polis menahan 23 wanita Vietnam dan seorang wanita warga China yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam serbuan pukul 1 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 30-an dipercayai menjadi bapa ayam mempromosi GRO terbabit kepada pelanggan turut ditahan.

"GRO terbabit turut disyaki menawarkan khidmat seks kepada pengunjung pusat hiburan itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menahan penjaga pusat hiburan itu untuk siasatan dan premis terbabit pernah diserbu beberapa kali selain dilengkapi dengan jeriji besi dan dikawal ketat 'tonto'.

Katanya, GRO berusia antara 20 dan 30 tahun ITU memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk dokumentasi.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 14 Apr 2015 1.50 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM