Artikel
Polis Perlis Temui Semula Kereta Yang Dicuri 12 Tahun Lalu
Kecekapan anggota polis yang bertugas di pos kawalan sempadan di Wang Kelian di sini berjaya menyelesaikan kes kecurian sebuah kereta yang dilapor hilang 12 ta...
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supt Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad berkata anggota berkenaan mengesan kereta jenis Proton Waja itu ketika kenderaan terbabit memasuki negara ini pukul 1.15 petang.
Polis juga menahan sepasang suami isteri warga Thailand berusia 46 dan 41 tahun bagi membantu siasatan kes, katanya pada sidang media, di Padang Besar, Khamis.
Menurut Tengku Mohd Zailan, kereta itu dilapor hilang pada 21 Dis 2001, tiga bulan selepas dibeli oleh pemiliknya di Kuala Lumpur.
Siasatan awal mendapati kereta itu dicuri dan dibawa ke Thailand sebelum dibeli pasangan suami isteri dari wilayah Pattani berkenaan untuk kegunaan keluarga.
Mereka mempunyai dokumen pemilikan kenderaan yang dikeluarkan negara Thailand dan tidak tahu kereta itu dicuri, katanya.
Beliau berkata kes itu akan diserah kepada polis daerah Brickfields di ibu negara untuk siasatan lanjut.
--BERNAMA