Seorang
bayi lelaki berusia 12 bulan dilarikan seorang lelaki lebih 100
kilometer dari rumah ibunya di Jalan Bakariah di sini, sebelum
ditinggalkan di Medan Selera Yong Peng, kelmarin.
Bayi itu yang dilarikan
kira-kira jam 10 pagi, ditemui dalam keadaan selamat pada jam 1.30
tengah hari di hadapan tandas medan selera itu oleh seorang peniaga
wanita sebelum menyerahkan kepada polis.
Sebelum
itu, seorang lelaki yang memandu PROTON Persona pergi ke rumah ibu
mangsa sambil membawa kotak, kononnya mahu menghantar ikan yang dipesan
bapa mentua wanita itu.
SUMBER : BERITA HARIAN

Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Bayi Diculik Ditemui 100km Dari Rumah
Bayi itu yang dilarikan kira-kira jam 10 pagi, ditemui dalam keadaan selamat pada jam 1.30 tengah hari di hadapan tandas medan selera itu oleh seorang peniaga wanita sebelum menyerahkan kepada polis...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bayi-diculik-ditemui-100km-dari-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.